Monday 10 December 2012

i want to write a lot about you and me..


ini untuk sementara waktu okay sayang. sabar la sementara sy dapat lappy. im waiting too.
this some short post fer you honey. because i cant wait any longer fer my lappy. 

masa berlari, kita mengejar. sekarang sy dan awak dan nak masok 9 bulan kenal dan 6 bulan in relationship. almost. huh. come on bby, hold until we have that 1 year. seriously i excited to the max kot nak tunggu 1 year. would be our 1st Annyversary. come on! we can!!

we cry a lot, we laugh a lot. 
we remain stronger, but even more and more stronger.
i did feel sad, giving up, depressed,
but i did hold you till now. 
because you are the only one that i have now and ferever.
we did talk about your dream, my dream and ofcouse, Our dream.
you talk a lot, plan a lot.
fer you, fer us, and yeah, for us.
sometime,
i did think about, what was the first thing that make me fall fer you at the first sight.
i keep thinking all the day and night.
push back my memory to the date of 18th of february 2012 till 17th of March 2012.
the way, how much you concern bout my heart, my feeling towards you.
till now, you are still the same, never change.
my heart keep fall fer you, day to day.
till i really cant ever stay away from you, a minute, a second.

this is just fer short fer you sweetheart.iloveyou.more and more.

goodbye sweetheart. <3

yours.


Saturday 20 October 2012

. Tujuh Belas Hari .



including today, cukup TUJUH BELAS hari kita tak berjumpa. Satu jangka masa yang agak panjang untuk kita. Rindu? Ya Allah, tuhan saja yang tahu. Pelik kan? Tiap hari tak jemu kita bercakap soal RINDU. Setiap perbualan kita pasti ada soal rindu. Rindu pengikat kita. Kalau merajok dengan awak pun, nanti mesti cari awak balik. Sbb apa? Sebab Rindu. Thanks to Rindu. again ^^,

Semalam kita bercakap soal masa depan, tentang apa yang bakal terjadi di masa depan. Saya? Macam biasalah. Penuh dengan plan, plan, plan dan plan. i had thought abt it, but maybe i think too much jugak kod. hopefully everything will run smoothly as we planned. Sekarang i just wanna see who will be the one who'll back off first. Is it you or is it me. If it will be you who'll leave me first, i had ready my self. maybe i will get suffer for a while but as we planned it, i will be fine. insyaAllah. We'll still be friend right?

Tapi, kalau orang itu saya; please, move on. i need you to move on. lepas kan saya dengan cara yang baik. sebab kita dah merancang sekarang. i dont want you to be suffering alone. jangan tunggu saya. jangan. saya tak mau awak saket macam dulu. awak tak boleh mcam tu. awak kena teruskan hidup macam mana saya teruskan hidup. ya sayang? awak dah janji dengan saya.

Maca macam yang dah kita lalui sama sama. Saya rasa tak berbaloi kalau jadi perkara itu nanti, kita membenci. I still need you in my life. Forever, tapi status itu mungkin akan berbeza. Saya harap awak faham. 

By : H

Wondering

Dah lebih dua hari kita tak tidur dengan betol. kenapa? Pergaduhan yang tak sepatutnya, terasa hati dan merajok! I guess, semua ni normal dalam every relationship. Kan? Yup. Saya tau kenapa, sebab kita dah lama tak jumpa. Sakit sebab rindu, tu yang jadi sampai macam tu. Awak dengan ego awak, saya pulak yang suka membantah memang jadikan pergaduhan tu panjang lah. Sometimes im wondering alone, why did we become like this? Penah kita berjanji, " Selagi kita boleh bahagia, buat apa nak bergaduh dan sakit hati ". Yes, buat apa nak bergaduh, saket hati, naikkan ego masing masing,berbalah sana sini walhal kita boleh ja bahagia, senyum bersama tanpa saket hati. ya, kadang kadang saya pun selalu lupa dengan semua ni. Kadang kadang saya pun ikot hati sendiri, tak fikirkan awak yang tengah tunggu kat sana. Awak tahu kan? Hubungan kita ni tak lama, awak. Bila bila masa saja awak atau saya akan jumpa orang lain dan semua ni akan tinggal kenangan ja. Saya tak mintak tapi kita pun tau kenyataanya macam mana. Yes, sakit kan masa tu? jadi, saya rasa tak berbaloi kalau kita bergadoh dan jadi tak bahagia hanya sebab benda benda kecik yang kita boleh settle dengan mudah. Tapi saya selalu jadi penyebab kita gadoh. hum, saya mintak maaf. saya selalu tak sedaq dengan what i had done. hum. saya sayang awak..

by : H

Wednesday 5 September 2012

Nukilan buad kekasih



Kehadapan saudari Hazwani yang nun jauh di sana , saya di sini ingin mengucapkan salam sejahtera semoga saudari sehad sehad sahaja ya . :p


Tujuan saya menulis nukilan ringkas ini adalah untuk memberitahu saudari BAHAWASANYA , saya di sini teramat merindu saudari . Adakah saudari atau tidak sedar , tidak mengapalah . 



Saudari Hazwani yang saya kasihi dan cintai ,

pada 29 Ogos 2012 yang lepas genaplah 2 bulan kita bersama dan pada 17 Ogos 2012 pula genaplah 6 bulan kita kenal . Tidakkah saudari sedar bahawa kehadiran saudari kedalam hidup saya pada 18 Februari 2012 itu telah merubah keseluruhan hidup saya yang selama ini sepi , suram , sunyi , alone *eh,salah plak , tiada gembira dan segalanya ? Mohon saudari sedar ya perubahan yang telah saudari lakukan .


Saya juga disini ingin menyatakan bahawa melihat saudari senyum , gembira dan sehad sejahtera membuadkan saya turut sama merasakan kegembiraan itu . Tidak dinafikan bahawa saya ini adalah seorang yang panas baran , sering memarahi saudari atas faktor-faktor yang tidak munasabah akan tetapi kesabaran saudari terahadap diri inilah yang membuadkan diri lagi bertambah menyayangi diri saudari .



Kekasihku Hazwani ,

Kegembiraan dan kebahagiaan yang sedang kita kecapi sekarang ini bukanlah akan berkekalan hendaknya , akan tetapi selagi kita mampu mempertahankannya kita teruskanlah . Saudari sering berkata seperti ini ketika saat kita berada dalam keadaan yang keruh . Sesungguhnya hanya setia sahaja yang mampu mengekalkan semua ini .


Tidak dinafikan hati ini sering memanggil nama sauadari , memberontak untuk berjumpa saudari , akan tetapi berkat kesabaran dan sokongan dari saudari membuadkan saya menjadi lebih kuat untuk menempuh semua ini dengan sabar .



Seperti yang pernah saya katakan kepada saudari suatu ketika dahulu , seketika saya telah mula jatuh hati pada saudari , sesaat saya mula menyayangi saudari , pada tika itulah hati saya ini tidak akan menyayangi yang lain , selain saudari seorang .





ikhlas nukilan dari saya , 

   saudara Adi





Sunday 2 September 2012

SECONDmonth

*Meet Prince and Princess Wendy's*

Boyfie, this is our second month since we are officially together. How was it? for me that was AWESOMEEE! memang lah baru lagi. semuanya manis. but hopefully everything will run smoothly as we harapkan. ily NurAdilaSobaruddin.

by: H

Monday 13 August 2012

hari hari berlalu indah bersama kau

Hari yang aku dan kau nantikan . Hari semalam kita
Berjumpa setelah mungkin tidak lama berpisah sebelum tuh ,

Menjalani hari hari seperti yang telah di rancangkan sebelum berjumpa , kau rindukan aku ,aku pula saked rindukan kau .


2012,Tahun bersama .
Puasa bersama , raya b
ersama untuk pertama kalinya .
Percayalah , aku gembira .

Andai aku tidak bertemu kau tahun ini , aku akan jalani semua ini seorang .
Adanya kau , kau buad hidup aku terasa sempurna .

Saat berada dalam pelukan kau , aku dapat merasai semua keperitan yg kau lalui
Ya, byk yg kau simpan dari aku , tapi semua kesedihan kau aku nmpak dari mata kau
,pelukan kau .

Janganlah kau risau, aku ada sekarang .
Depan mata kau .

Walau sekarang giliran kau pula sibuk , tapi tak lama .
Ak tetap bole bersama kau .

Aku sayangkan kau . Itu saja yang kau perlu tahu .

Sunday 1 July 2012

its tomorrow

Hai , syg. ha , ya . awak lah . cik Nor Hazwani Ishak.
Amboii, skrang dh pandai post kt blog orang dh.. ;) hee.. post la apa nak post awak.. ;)

Awk , awk , awk , awk , awk dan awk.. esok sy nak pi dah nih.. fer this 1 month.
Err, tak 1 month sgt pun.. tp untuk 1minggu lebih nih,sy tak ley nak text awk sgt b.. tak mcm selalu pun.. myb takkan contact lgsung..huh. tapa, kita dah ready kan b ? :) goodgerl ha..

Awk, dh mcm mcm sy pesan kt awk , sebelum sy pegi nih.. hope awk igt la sumanya okay? hm ? please..
Buad suma yang sy pesan tuh..
Myb ada dlm entry sy yg lepas utk awk..
Sori hari nih jadi sgt bz , pada hari last kita..

Syg, awk jgn risaukan sy k.. sy ni yg risaukan awk..
Kalo dengan sy pun kita bole accident nn keta mira uh.. bila sy tadak lg la awk kena jaga dri..
Sy risaukan awk , walhal sy tau awk bole jaga diri kn ..

Syg , sy msti akan rindukan awk kat sana nnti.
Itu kenyataan..
Sy tau awk pun akan rindukan sy..
Byk sngat dah yg kita buad sesama..
It will remain inside <3.

Syg,
If rindu sy, cuba try jgn nangis, .
Please..

Syg, jaga makan minum suma.
Jaga perasaann kawan kawan..
Jgn gaduh gaduh..
Selalu tolong kwn kwn..
If ada masalah apa-apa, k cita kat depa k..

Syg ,
Tggu sy balik k..
Tak lama ..
Sat saja..

Syg,
Maaf sebab tak dapat ada utk hari terpenting awk..
Di hari jadi awk..
Mohon utk awk gembira  pda hari itu..
Mohon utk awk jgn menangis pda hari t..
Mohon utk awk rasakan sy ada dgn awk pda hri itu.

Syg..
Dlm hati tuh tayah dok pk mcm2..
Awk bole pecayakan sy..
Sy pun bole pecayakan awk..
Sy pecaya awk bole tgu sy balik..

Okay syg ? please jaga diri tuh..
B.S.I.C.U.B.4. okay ?
I miss you baby.
I love you honey.

.ADI.

Month Full Of Surprise



Its JULY dan Awak akan pergi TINGGALKAN saya. Tapi tak lama, SEBULAN. Kita dah sedia untuk ini kan awak? Yaa, kita dah BERSEDIA. As I am creating this post, awak tengah tido. Ya, saya pun nak tido jugak tadi, tapi bila ingatkan besok awak akan pergi tinggalkan saya, MY EYES just cant shut down calmly. 

ADILA, kenapa awak akan tak ada pada hari penting untuk saya? Saya tak harapkan banyak, cuma perlu awak ADA DI SISI genap tanggal itu. Cuma harapkan awak PEGANG TANGAN dan LIHAT MATA saya dan ucapkan bait itu. Cuma mahu ada SESAAT DALAM DAKAPAN awak pada detik itu. ADAKAH ITU KETERLALUAN UNTUK DIMINTA?


Ya, saya sudah BERSYUKUR. TUJUH HARI bersama yang sangat indah dan tak mungkin akan terlupus dari minda dan fikiran ini. SEMUANYA kita LAKUKAN BERSAMA. Semuanya. Jadi orang terakhir yang awak lihat sebelum awak tidur dan jadi yang pertama awak lihat semasa awak bangun dari tidur was such an honor to me. INDAH, semuanya indah setiap saat yg ada bersama kamu. 

KAMU yang aku mahu panggil KAWAN.
KAMU yang aku mahu panggil SAHABAT.
KAMU yang aku mahu panggil TEMAN.
KAMU yang aku mahu panggil ABANG.
KAMU yang aku mahu panggil KAKAK.
KAMU yang aku mahu panggil ADIK.
dan
KAMU yang aku mahu panggil KEKASIHKU.

Ya, kamu KEKASIHKU. Aku minta satu sahaja, telah genap sebulan pulanglah padaku dan jadilah dirimu seperti mana seperti kau pergi sebelum meninggalkan aku. Aku minta agar waktu takkan merubah kamu kerna aku yakin diri ini tak kan pernah berubah sepergianmu. Aku JANJI. 


RINDU. Maaf aku selalu mungkir janji itu. Kau selalu tanya aku, apa kan ku buat jika aku rindukan mu? Aku jawab, MENANGIS. dan kemudian kau akan marah marah dan suruh aku berjanji lagi, berjanji untuk tidak menangis kala kau jauh daripada aku. Kamu tak tahu rasa sakit itu tika rindukan kamu. Kamu tak tahu rasa ingin pergi terbang padamu tika rindu itu datang. Kamu tak tahu rasa hati yg ingin lihat kamu tika rindu datang menusuk jiwa. Kamu taktahu pedihnya rasa di hati tika aku kenangkan "waktu" untuk kita bersama sudah suntuk. Tapi kau tak perlu risau, kerna air mata itu kan menjadi pengubat lukaku. Kau orang asing pertama yang buat aku menangis kerna takut kehilanganmu. Sumpah, aku takut kehilanganmu.

 -HAZWANIISHAK-

Saturday 30 June 2012

Hai Boyfriend.



HAI AWAK.. hee, here I am. Posting an entry about us. 

Dee, dah lama kan kita sama? Including today, dh almost FOUR MONTH kita sama without any "Relationship".  Awak, thanks for being there whenever wherever I need you. Awak, thanks untuk semua semua and semuaa yg awak buat untuk saya.You dare to do all those possible things for me. Awak jangan ingat saya tak pnh appreciate awak. Every single things, sy perasan. Thanks  Sygs.

MAAF BUAT AWAK TUNGGU LAMA macam ni untuk kita "sama". Sy surh awak jumpa dulu semua kawan kawan saya, awak cari jalan jugak utk jumpa lepa semuua tu. Betol awak cakap, awak dah jumpa semua org yg penting dalam hidup saya. And I guess, mereka merestui kita. Like I told you before I need  time and myb I had enough. Hee, hey Boyfie? 28 June 2012 was the most UNFORGETTABLE day ever. Dari Pagi ke Pagi. Kita ke KLCC. That was my first time there. Watching those fountains. Cantik sangat! >.< That movie, sangat best okay! I've been waiting utk tgok muvi tu. Glad I was able to watch it with you. 

Banyak tempat "NANTI" kita dh tercapai kan sygs? KLCC, TIMESQUARE, LOWYAT, DOWNTOWN CHERAS, BUKIT AMPANG. Sukanya spend all those time dengan awak. 

Ehem,its 0528 in the morning. my eyes sangat lah sleepy nih syg. Tak mampu nak  habiskan entry ni. WAIT! Ada banyak lagi nak cakap actually. TTYL sygs. -hazwaniishak-

Wednesday 27 June 2012

andaiku bercinta lagi..

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Tuesday 19 June 2012

Happy Ever After with you , sayang .


Penah sekali bercinta , tapi kecundang .

Sekarang bercinta lagi . Blajar dari kesilapan dulu , cuba bertolak ansur dalam hubungan . 

Sekarang bercinta lagi . Tak sama macam dulu . Terasa sangat bahagia . 

Sekarang bercinta lagi , dengan yang lebih memahami .

Sekarang bercinta lagi , dengan yang lebih mencintai .


Sekarang dah mampu elak diri nih dari buat kesilapan dulu .

Sekarang dah mampu jadi lebih memahami dari dulu .

Sekarang dah mampu tolak ego yang tinggi dari dulu .


Sekarang dah sangat menyayangi Sang Dia.

Sekarang dah tak mampu berpisah even sesaat , Sang Dia.

Sekarang perlu dengar suara sebelum tidur lena , Sang Dia.


Tak pernah alami hubungan jauh macam sekarang .

Tak pernah ada jauh dengan tersayang .

Tak pernah ada rasa rindu  yang mencenkam macam nih .


Sekarang sangat takut akan ditinggalkan .

Sekarang sangat takut dilupakan .

Sekarang sangat takut dibenci .

Sekarang sangat takut akan sunyi lagi .


Mohon untuk Sang Dia kekal di sini, dalam hati .

Mohon untuk Sang Dia ikhlas dengan hubungan ni .

Mohon untuk Sang Dia bersabar untuk semuanya yg terjadi , nanti .

Mohon untuk Sang Dia rasakan dirinya sangat berharga untuk diri nih .

Mohon untuk Sang Dia bersabar dengan diri nih .

Mohon Sang Dia tak kan pernah ada rasa bosan dengan diri nih .

Mohon Sang Dia setia .


Aku janjikan bahagia untuk kau , bukan derita . Tapi andai aku beri derita , jangan pernah kau maafkan aku .

Aku janjikan gembira untuk kau . Tapi andai kau sedih , cari lah aku .


Jujur aku senang dengan kau. 

Jujur aku tenang dengan kau.

Jujur aku bahagia dengan kau.

Jujur aku gembira dengan kau.

Jujur aku lupa semuanya , saat dengan kau .


Andai nanti kau terpaksa pergi , aku relakan kau .

Andai nanti kita dah tak mampu , ingat satu saja , aku selalu ada kau dalam hati .



dan selagi kita mampu bahagia , kita akan terus bahagia..mohon untuk selamanya dengan kau, Hazwani.

Thursday 7 June 2012

Hazwani Ishak

Hai mysayangbabyintanpayungjiwaragajantunghati , Hazwani Ishak !



Adi nak cari mood nak study nih so rasa macam nak shout kat sini pasal wani sat. Hai wani . J wani sehad ? alooo.. dah kenapa..? saked gigi ha ? aloo ciannya .. sampai flu wani saked gigi.. tahan sikit okay sayang .. tak lama lagi okay la.. ;)


Wani wani , wani sayang adi tak ? sayang ? yey ! ;)  adi pun sayang wani . lebih dari wani sayang adi . <3


Wani , nanti adi pi trening 1 month tuh , adi nak wani jaga diri kat sini tau . jangan nakal nakal okay . kena selalu ingat adi . kena selalu happy ja kat mana wani ada . jangan sedih sedih . wani dah kuad kan sekarang ? adi tau wani dah kuad . adi lama kat sana so adi mesti risau kat wani nanti . so adi nak wani :
1)     Hati hati kat mana wani pi , dengan sapa wani keluaq , apa wani buad .

2) Jangan keluar lewat malam sangat . macam yg adi bgtau , sebelom pkol 12tghmlm wani dh kena balik okay

3)   Jangan keluar denga orang sembarangan , dengan ummu tapa ,tapi kwn2 dia tuh

4)   Kalau wani pi ikot ummu pi men futsal ,lepas habis game suruh dia hnta balik terus,ckp adi suruh.wajib.

5)   Makan ikot meals okay wani . breakfirst , lunch and dinner

6)   Mandi ikot time ,jgn jadi kambing kt umah adi tuh

7)    If ada test,presentation , exam ka apa , focus n do your best k baby

8)   If pi trip mana mana , bawa charger takot kecemasan

9)    If pi mana mana pi ramai ramai n jaga diri

10)  If wani tak sihat , cepat cepat makan ubat okay .

11)   If wani ada masalah kecik or besaq , gito la kawan2, if tak bole gito kawan gito la ummu.

12)   If wani drive keta jangan pegang fon or otp ngan sapa sapa . focus drive!


Huh , wani ,,, adi betol betol nak wani jaga diri nanti sayang . adi mesti akan risaukan wani nanti . wani janga risaukan adi kat sana okay , adi ada orang jaga kat sana.. wani tuh , jaga diri . . jangan nakal sangat .. adi nak wani sihad ja selalu sampai hari adi balik . B . S . I . C . U . B . 4 . paham dak ? adi penah gito wani dulu . . ;)

Nanti bila wani rindu adi , , ,
1)     Tengok suma gamba kita

2)   Tengok suma text kita

3)   Ingat suma kenangan sweet kita

4)   Jangan sedih-sedih

5)   Senyum terus bila teringat adi ;)

6)   Pelok Wendy J

7)    Kiss Twinkle  =*

8)   Tido then mimpi adi

9)    Buat misskol kat fon adi 3 kali .

10)  Text ja adi if adi memang takkan reply



Adi kat sana pun mesti akan rindu wani jugak . takkan terlepas satu saat pun adi akan teringatkan wani . adi sure tak sempat nak sambut birthday dengan wani kan ? alooo . . . isokay . . just imagine adi sentiasa ada dengan wani time tuh okay ;) 
Wani kena happy sangat hari tuh sebab its your big day baby . J
Nanti sy balik kita sambut awak punya belated okay..


Ramadhan
Yey ! tahun nih ramadhan 1st adi dengan wani ! tak sabaq sangat !  ^__^
Puasa sama sama dengan yang tersayang adi nih .
Nanti nak bukak posa ngan wani tau . tak tau macam mana nak jugak bukak posa ngan wani .


Aidilfitri
Hah ! nih pun aidilfitri 1st adi dengan wani ! sumpah tak sabaq sangat !
Nak pi raya rumah wani ngan geng2 wani suma . yey! :p
Pastuh wani bawa adi pi raya rumah kawan kawan wani pulak okay !
Hee~


New Year
Nak sambut new year ngan wani kat kl nih . adi selalu berangan nak tengok bunga api new year sama sama ngan yang tersayang . hope kali nih bole sambut ngan wani . ;)



Tak sabaqnya untuk 3 agenda nih kan wani ? insyllh . .
Wani ingat tau semua yg adi tulis nih ??
Suma nih untuk wani . .
Adi nih sayang kat wani tahap maximum dah nih .
Adi tau wani pun sayang adi kan ? hee..
So jaga diri okay mybaby..
Senyum selalu.. ;)


K lah , , ni saja untuk wani..nanti adi tulis lagi..
Adi sayang wani .
Mmuahh! =*

Wednesday 9 May 2012

anytime , sayang .


Every second is always be the right time fer yu ,to accept me .


TAPI ,


Jangan pikirkan pasal kita saja ,
Saya nak awak pikirkan jugak pasal hidup awak nanti,
Kawan kawan awak , family awak and semuanya .

Friday 27 April 2012

in this real life , yu are mine fullstop

Terasa macam nak shout-out , tapi nak shout apa pun tatau laa . Tadi rasa macam banyak ja dalam pala nih nak nulih , tapi bila dah open ja lappy teruih hilang . o.O  blank ~


Oh haaa , idea dah maaiii . . ~~



Nak shout-out pasaii awak lahh . yarh…? Awaklahh . sengih sengih paa haa ? dah la awak tinggai sy satu hari nih kan ? kan ? eh tak satu hari sangadlahh , setengah hari ya . Tapi isokay , fer aceli sy tawu awak bz pagi tadi cuma sy ja yang overfeeeel lebey . hhu . yalaa , malam tadi dah la taley nak gayot ngan awak macam malam malam lepaih .  L  siang memang dah dua duanya sibuk bagai PM dah sy rsa , so malam jala yg sy harapkan . cewahh~

Malam tadi kita taley nak on call ngan awak sebab krisis ngan kawan awak tuh . heh . memang syok laa kan . dari pagi sy tunggu hari jadi malam , kawan awak lak buad hal . aaiee~  caringnya kawan kawan awak ngan awak kan ? eh daklahh , memang patotla depa caring cengituhh . memang dorang betoii pung . sy nih yang salah . see ? kan sy dah cakap kat awak . awak nih “BAIK” . sekarang awak paham tak maksod sy bila sy cakap awak nih ‘baik’ ? hha . berat kot hati sy nih nak suka kat awak lebih lebih sebab awak nih ‘baik’ . and MUDA LAK TUH KAN DARI SY . >< haha . taley tima toi . *tapi dah ley tima dah sekarang . yay! :D

1 BULAN 10 HARI . jyeahh~ sy berjaya bersabar untuk satu tempoh yg agaakkk laaamaaa la dalam hidup sy . series series . ni paling lama awak . bangganya sy ngn dri sy nih . cewah~   ^^,  . sebab sy nak betoi betoi betoi kenai awak sedalam dalam dalam dalamnya . hee . tp ada jugak sampai satu part tuh sy macam excited telebih cena tetau la kan n rasa mcm nak melamar awak malam tuh jugak . tetapi dengan berkat doa mama,eheh, mai mana mama lak nih ,hha, dengan berkat kata kata hikmah yg awak bagi, kata kata hikmah MAMA awak bagi kan, hha . so sy still sabaqq lg sampai sekarang . sweet kan sy ? isokay , sy sedar tuh .  ;D


Awak , sy nak awak tau yang sy rasa sy dah ada satu chapter baru yg awak tengah create dalam hidup sy skang(jiwangskitnakbagiawakcayaqqJ) .chapter baru nih mesti awesoomee sangad sebab adanya awak as the main and major character dalam story nih . nih chapter part yg mana awak mintak sy untuk tunggu n sabaqq untuk awak adjust sikit hati awak untuk sy . mai sy nak tengok tebai mana laa kan chapter yg sy nak kena tunggu awak supaya hati awak tuh ‘tak center’ sangad . hee . ;D lepaih hati awak dah ada ruang untuk sy and part yg awak akan cakap awk sudi terima sy seadanya sy , lepaih tuh sy akan bukak chapter baru dalam hidup sy yang awak dah jadi heroin dalam love story nih . dan sy lahh orang yg paalingg bahagia sekali nak baca n nak tau apa ending story nih . tapi tuh suma sy tau , berjootaa hari lagi . kalo 1 month I can , forever pung I can . 

Awak bole dapat guarantee card dari sy yang sy ni setia orangnyaa(masokbakoiangkatsndiriJ) hhu . yarhh . awak penah cakap orang macam sy nih mana cukup sorangg . ouhh no baby . memang ramaii cengituh , tapi awak dah jumpa kot yang ‘baik’ sekarang . sy lerrr . :D hha .

Awak yg sy sayang , sy harap awak kuat ngan pa yang akan datang pas nih . banyak lagi yg akan mai and mula lah nak jeless ngan keHapyyan kita sekarang . sy pung akan jadi lagi lagi lagi kuad utk setia dengan awak yg satu . yeah!


18 Februari 2012 . hari 1st sy jumpa awak . Hari 1st sy kenai awak . hari 1st sy cakap ngan awak . hari 1st sy jalan dengan awk . hari 1st sy naik Lrt dengan awak . hari 1st sy dinner dengan awak . hari 1st sy breakfirst dengan awak . Hari 1st sy tengok wayang ngan awak . hari 1st sy tido ngan awak tnpa sy sedar yg sy akan jatuh hati ngan awak . semuanya tanpa sy sedar yang sekarang awak dah kuasai hati sy .



Bila nanti awak dah bersedia untuk jadi Heroin dalam love story sy nih , awak cakaplah kat sy k . Seandainya nanti ditakdirkan awak tak dapat nak adjust hati awak , awak cakaplah kat sy tau . supaya sy bole stop buad awak rasa terbeban untuk pikirkan tentang hati awak utk sy . sy dah lama bersedia untuk sebarang kemusykilan yang akan awak cakap nanti . sy nak awak tahu yg sy dah bersedia . sy tak bole nak paksa hati awak untuk terima sy sebab sy nak perasaan tuh wujud sendiri dalam hati awak . Fresh . if awak tak bole , just let me know k . but fer sure , I hope the YES
from yu .hee. :p




Cehh, sorry terjiwang sat . dah jatuh hati ? haha . sy memang handal okay bab bab nih . gelak pa ? betoi kot .   o.O ceyy series . heh . k lah . sambung hari len plak . papaiii ,awak . <3











<3 hati sy , untuk awak

Wednesday 18 April 2012

17 March 2012

Pernah aku bercinta dulu , ya , dulu .

Dengan dia yg pertama dan aku sangka juga yang terakhir . Seluruh hidupku dah aku serahkan buat dirinya yang aku fikir kami mungkin takkan terpisah . Apa kesudahannya ? ya , bercinta sampaikan dunia dah tak dipikirkan dan kesudahannya kami terpisah .



Kau , kau yang aku sayang hingga matiku .
Kau , kau jualah yang selingkuh setelah lamanya ku cuba menjadi yg terbaek untukmu .



Aku redha kerna kau bertemu dia yang halal . Kau lupakan aku untuk sekian lamanya  sedangkan aku tak mampu lupakan kau . Berlalu 3 tahun di mana kau bahagia dengan sidia dan aku , aku telah berhasil untuk melepaskan kau pergi .



3 tahun syg , kau biarkan aku dalam tangisan .
3 tahun syg , kau biarkan aku saked rindukan kau .
3 tahun syg , kau biar aku tersiksa dengan kenangan kita .



Aku tersiksa di sini sedangkan kau berbahagia dengan sidia yg halal buatmu . Bersusah payah untuk aku melupakan kau . saked aku , aku diamkan .



Dan sekarang aku dah berhasil seperti mana kau berhasil buangkan aku dulu . Tidak ,tidak aku buang kau dari hidup aku . Cuma tiada lagi saked seperti dulu . Aku bersyukur kerna ku mampu .

~~~







Datang dia yang aku harapkan awal untuk singgah dalam hidup aku .

 Datang dia yang telah berhasil mengopek pintu hati aku yg dah aku kunci setelah kau yang aku puja meronta ronta untuk keluar .

 Datang dia cuba merawat luka di hati yang telah kau tinggalkan parutnya .

 Datang dia yang telah berhasil buat aku lupakan kau yang aku puja sedikit demi sedikit .



Kasih sayang yang telah lama aku simpan 3 tahun lamanya , kini tertumpah ke atas dia . Untuk kau yg telah pergi dari hidup aku , ingin aku sampaikan berita yang aku telah dapat menyayangi dia seperti mana kau ku cinta dulu .


Kembalinya cahaya dalam aku hidup aku .

Kembalinya matlamat hidup aku .

Kembalinya semangat untuk teruskan hidup aku .

Kembalinya rasa indah untuk hidup itu .

Dek kerana dia , dia yang telah berhasil mencuri hati aku .



Terubatnya luka dihati.

Terubatnya saked dijiwa.

Terubatnya rindu dihati.



Kuatnya sayangku untuk dia.

Kuatnya rinduku ini untuk dia.




Tekadku untuk tidak lagi melakukan kesilapan lalu.

Tekadku untuk terus menjaga dirinya.

Tekadku untuk tidak menyakiti dirinya.

Tekadku untuk terus , dan terus , dan terus , bersamanya..




Ku terima seandai dirinya tidak merasa sama seperti apa yang aku rasa. Kerana aku menyayanginya dengan penuh keihklasan tanpaku harapkan kasih ini dibalas dengan cintanya. 

Ku terima seandainya dirinya tidak dapat menerima diriku seperti mana aku menerima dirinya kerna aku ikhlas dan tak minta dibalas.

Ku terima seandainya dirinya tidak dapat merindui diriku seperti mana aku merindui dirinya kerna aku ikhlas dan tak minta dibalas.






Ini, coretan untuk dia yg aku sayang dan aku akan terus sayang . H.