Friday 4 January 2013

janji ku.. untukmu..

4 January 2013. 

aku pernah berjanji pada sayang yang aku akan menulis tentangnya seadanya aku laptop baru.

sekarang laptop ini baru sahaja berusia 1hari 6 jam dan masih belum terlambat untuk aku tunaikan janji aku untuk kau, sayang.


sayang, 

aku harapkan masa pantas berlari, kerna hati ini sudah sarat dengan rindu yang ada. kalau dikira-kira, kurang dari 5 hari lagi kau akan menjejakkan kaki semula di Kuala Lumpur.

oh ya, masih belum terlewat untuk aku ucapkan tahniah untuk kau sayang. dengan semua usaha kau, kau mampu untuk dapatkan apa yang kau nak. Tahniah.





sayang,

seringkali kau bertanya, sedalam mana kah cinta ini untuk kau. sehinggakan aku tidak punya lagi jawapan untuk ku beri. 
hati ini, jiwa ini, diri ini, teringinkan kehidupan sempurna dengan kau. 
berdua, hanya ada kau dan aku, selamanya.

aku mahukan itu sayang.
mungkin sekarang kita tak mampu. tapi kita dapat juga rasa bahagia seperti mereka yang selalu bersama.

mungkin kau cemburu dengan mereka. jangan nafikannya kerna aku punya perasaan sama seperti kau sayang. melihat mereka sebumbung dan 24 jam bersama, aku juga cemburu.

aku harapkan kau mampu kuatkan hati kau untuk semua ini.

kenapa kita harus pikirkan orang sedangkan kita mampu untuk cipta bahagia itu sendiri.



sayang, 

tak lena malamku tanpa suaramu.
setiap hari, setiap saat,setiap nafas aku merindu kau.
menyayangi kau, merindui kau, tak pernah aku rasa jemu.



datanglah, datanglah sayang segera padaku.
aku mengira setiap saat, jam , dan hari.
menambah beban rindu dihati.