Thursday 29 December 2011

MUZIK DAN KAMI



Malam nih aku nulih pasai nyawa kedua aku iaitu, Muzik.


Sejak dari tingkatan 1 lagi, aku nih dah dikenalkan dengan muzik. Muzik yang bukan sekadar hanya lagu dan lirik tapi dengan lebih mendalam lagi.

Bukan aku sorang saja masa tuh baru mula nak kenal apa itu muzik, tapi jugak dengan kawan kawan aku yang lain, nih depa :



#Pinut

#Diba

#Tenshah

#Ilmi

#Tiqah

#Teah

#Pika

#Tira

#Chenab

#Che Snail

#Qilah

#Adik

#Kak



Kami mula mula kenai muzik nih dengan sorang orang tua nih yang banyak dah bejasa dengan kami.

Okeh back to the story.



Sementara kami betungkuih lumuih na paham apa sebenarnya muzik nih, kami jugak dalam masa yang sama terBelajar tentang APA ITU KAWAN. . .



Sebenarnya kalau kita semua paham apa itu MUZIK then kita akan paham apa itu KAWAN. Seriesly. Sebabnya, apa yang kami belajar selama 5 tahun kat sekolah menengah dulu :



..muzik itu bukan hanya sekadar bunyi yang sedap or bunyi yang kuat,ianya juga merangkumi satu perasaan bersatu hati dan saling memahami antara satu sama lain, saling mempercayai satu sama lain..



Sebuah muzik tu pun tak kan berbunyik kalau tiada penyatuan not-not yang dah digubah betol tak?



Dan bila muzik tuh berbunyi ianya haruslah berupaya untuk menarik minat orang yang mendengar tuh kan. Tak semudah itu nak menarik minat orang untuk stay focus dengan apa yang dimainkan. Orang tua tuh dah mengajar kami semua yang kesedapan or kekuatan muzik tuh bukan sesuatu yang orang kadang kadang suka, tapi akan feeling yang datang dari hati tuh yang penting.



Kami pernah mainkan lagu untuk semua orang sampai kami sendiri yang nangih. Tuh feeling yang kami ada, DAN tak semudah tuh kami nak ada feeling macam tuh. Macam macam kami kena harungi :


#Kami kena begadoh antara satu sama lain,


#kami kena merajok sesame kami,


 #kami kena nangih sesame kami,


#kami kena marah dengan orang tua tuh,


 #kami kena buat fitness tiap-tiap hari sama-sama,


 #kami kena duduk makan sama-sama,


 #kami kena tidoq sama-sama,


 #kami kena mandi sama-sama,


 #kami kena redah lumpur sama-sama,

#kami kena nyanyi sama-sama,


 #kami kena ketawa sama-sama,


#kami kena naik bas sama-sama,


#kami kena sempit sama-sama,


#Kami kena bangun awai-awai pagi sama-sama,


#kami kena korban cuti sama-sama,


#Kami kena terima kekalahan sama-sama,


#Dan kami terima kemenangan sama-sama.










-Muzik itu bukan sekadar bunyi yang sedap dan kuat, ianya universal.


-Kawan bukan sekadar bersalaman atau bertegur sapa, ianya juga universal.



Lagu dan irama tak boleh dipisahkan? Samalah macam persahabatan dengan kawan. Even yang memisahkan kami adalah jarak nautika, tapi hati kami still bersatu. Bila ada muzik dimainkan even kat radio or mana-mana pun, hati kami akan mula menyanyi ikot rentak muzik tuh, kaki kami akan mula terhentak sama mcm mana kami hentak kaki kami masa latihan dulu. Orang tengok kami pelik ja, tapi kami heran apa. Hati kami, kami yang rasa. Kami tawu apa itu muzik sebenarnya.


Bila kami sedih, bosan, stress, gembira. Muziklah peneman kami. Orang ingat kami gila dengaq lagu kuat-kuat, tapi kami dah biasa. Kami masih bole tido even percussion tengah kedebum kedebam. Sebab kami saling memahami antara satu sama lain.


Kami bersahabat bukan baru semalam. Tapi semalam semalam yang dulu, buat kami kekal hingga hari hari sekarang dan akan datang.



Kami akan terus bersahabat selagi muzik itu tidak berhenti…