Wednesday, 5 September 2012
Nukilan buad kekasih
Kehadapan saudari Hazwani yang nun jauh di sana , saya di sini ingin mengucapkan salam sejahtera semoga saudari sehad sehad sahaja ya . :p
Tujuan saya menulis nukilan ringkas ini adalah untuk memberitahu saudari BAHAWASANYA , saya di sini teramat merindu saudari . Adakah saudari atau tidak sedar , tidak mengapalah .
Saudari Hazwani yang saya kasihi dan cintai ,
pada 29 Ogos 2012 yang lepas genaplah 2 bulan kita bersama dan pada 17 Ogos 2012 pula genaplah 6 bulan kita kenal . Tidakkah saudari sedar bahawa kehadiran saudari kedalam hidup saya pada 18 Februari 2012 itu telah merubah keseluruhan hidup saya yang selama ini sepi , suram , sunyi , alone *eh,salah plak , tiada gembira dan segalanya ? Mohon saudari sedar ya perubahan yang telah saudari lakukan .
Saya juga disini ingin menyatakan bahawa melihat saudari senyum , gembira dan sehad sejahtera membuadkan saya turut sama merasakan kegembiraan itu . Tidak dinafikan bahawa saya ini adalah seorang yang panas baran , sering memarahi saudari atas faktor-faktor yang tidak munasabah akan tetapi kesabaran saudari terahadap diri inilah yang membuadkan diri lagi bertambah menyayangi diri saudari .
Kekasihku Hazwani ,
Kegembiraan dan kebahagiaan yang sedang kita kecapi sekarang ini bukanlah akan berkekalan hendaknya , akan tetapi selagi kita mampu mempertahankannya kita teruskanlah . Saudari sering berkata seperti ini ketika saat kita berada dalam keadaan yang keruh . Sesungguhnya hanya setia sahaja yang mampu mengekalkan semua ini .
Tidak dinafikan hati ini sering memanggil nama sauadari , memberontak untuk berjumpa saudari , akan tetapi berkat kesabaran dan sokongan dari saudari membuadkan saya menjadi lebih kuat untuk menempuh semua ini dengan sabar .
Seperti yang pernah saya katakan kepada saudari suatu ketika dahulu , seketika saya telah mula jatuh hati pada saudari , sesaat saya mula menyayangi saudari , pada tika itulah hati saya ini tidak akan menyayangi yang lain , selain saudari seorang .
ikhlas nukilan dari saya ,
saudara Adi